Assalamualaikum people !
Aku doakan
korang semua berada dalam rahmat Allah sempena Ramadhan yang ke 12 ni. Semoga
ibadah yang kita lalui ni diberkati dan diterima olehNYA. Last week aku ade
update blog pasal pregnancy aku kan? so, hari ni..biarlah aku sambung lagi
bahagian kedua tentang pengalaman aku yang menyedihkan ni. Harap aku diberi
kekuatan untuk share pengalaman ni dengan korang yang sudi baca kisah aku.
Lepas doctor
dah check aku and dia tak sure nak bagi keputusan yang tepat. Dia refer aku ke
hospital besar (aku duk kat kuantan. so, aku dirujuk ke HTAA la) untuk
confirmation sebab dari pemerhatian doctor yang cek aku tu...dia memang
dah tau yang anak aku dah takde. So, dia bagi aku surat untuk rujuk ke hospital besar bahagian EPAU(Early Pregnancy Assessment Unit) sebab lagipun dekat
hospital scannernya lebih jelas. Sebelum pegi aku kena inform dulu kat nurse
yang bagi minum air gula tadi..kang menjajau dia cari aku. Jadi, aku terlepas la dari MOGTT seterusnya..ha3~
Settle
urusan bagitau kat nurse tu, aku pun terus la pegi hospital. Sampai kat sana,
aku terus la pegi kat klinik EPAU yang disuruh tadi. Sampai kat klinik tu, bagi
buku pink and ade nurse tolong isikan form. Nurse tak tanya aku apa-apa, mungkin
sebab dia dah baca description yang doctor KK dah tulis dalam buku pink aku tu.
So, dia terus bagi buku tu pada doctor. And doctor pun sama..baca buku pink aku
and tanya some question..tanya bila kluar darah..ade rasa sakit ke..and aku
jawab la last week kluar darah dan takde langsung rasa sakit.
Doctor tu
arahkan aku pegi baring kat katil yang ade tu, dia nak scan perut aku. Aku
baring la..masa doctor scan, dia cakap 'yela puan, baby puan dah takde
ni..sebab satu, takde beat..lepas tu size dia pun tak sama dengan usia dia.
Size dia adalah 9week punya size. Kalau ikut pada usia 13week, kita boleh
nampak denyutan jantung and baby pun dah start move..tapi ni takde. Kantungnya
pun dah mengecut'. Apa lagi yang aku mampu cakap atau lakukan? aku redha la. Ni
semua dah takdir..bahagian aku.
![]() |
| Ni hasil scan lepas dah confirm baby dah takde..kalau korang perasan, memang kantungnya da kecut. p/s : sory gambar tak jelas. |
Dah siap
scan tu, doctor tanya aku..nak masukkan ubat untuk keluarkan baby or aku nak
tunggu baby keluar sendiri? aku pilih untuk tunggu baby keluar, memandangkan
aku seorang surirumah sepenuh masa. Jadi, takde masalah untuk aku menunggu. Aku
tanya jugak kat doctor tu, lama ke nak tunggu baby ni keluar? dia kata araound
2week. So, aku balik rumah la and jalani hidup macam biasa..carrying my 13week
baby yang dah tak bernyawa dalam my womb. Tapi takpe, ni la pengalaman pertama
aku mengandung biar la dia keluar sendiri..aku tak nak paksa dia keluar.
Hari pertama
aku kat rumah..semuanya ok..berjalan seperti biasa..hari kedua pun
sama..siangnya takde masalah apa-apa cuma darah dah mula keluar sikit-sikit and
takde rasa sakit. Samapai waktu malam aku mula rasa tak selesa kat bahagian
perut. Rasa macam senggugut tapi level ringan la bagi aku sebab aku bukan jenis
yang ade period pain waktu period. Cuma kadang-kadang aku ada jugak la alami,
masa nak masuk tido tu masih rasa sakit biasa yang aku masih boleh handle.
Jadi, aku cuba lelapkan mata untuk lupakan rasa sakit tu.
Sampai satu
masa aku rasa sangat-sangat-sangat sakit. Aku tengok jam pukul 3 pagi..tapi
rasa sakit tu datang dan pergi..dalam setiap 10 minit..aku cuba baring
mengiring ke kanan..tak selesa..ke kiri pun tak selesa..apatah lagi
terlentang..pun tak selesa. Tapi bila sakit tu hilang..memang lega la..time tu
la aku rasa waktu aku rehat and lelap sekejap..waktu rasa sakit tu hilang.
Kalau sakit tu dah datang balik, memang tak keruan rasanya.
Masuk pukul
4 sampai ke pukul 5 pagi..tu memang paling sakit aku rasa..aku tengok jam,
mula-mula setiap 5 minit aku rasa sakit yang teramat sangat..tido memang dah
tak boleh dah..kejap-kejap pegi toilet..ingat baby nak kluar dah..tapi takde
apa-apa..suami aku dah mula perasan aku tak senang duduk sebab aku sentiasa
bergerak..mungkin mengganggu tido dia *sorry husband :)*. Dia tanya aku 'sakit
ke?' aku jawab sikit je, aku jawab 'sangat'..lepas tu aku mintak suami aku
tolong usap belakang aku..sebab aku rasa lega sikit bila dia buat macam tu.
Jam tunjuk
je pukul 6..terus aku pegi mandi..aku dah tak boleh handle..sakit sangat..Allah
je yang tau..tapi yelah..DIA takkan bagi kesakitan yang kita tak boleh tanggung
kan? sakit macam mana sekalipun..Alhamdulillah masih mampu pack baju sebab aku
takut kena admit hospital. Aku dah siap semua..suami aku pun dah siap..terus
dia bawak aku pegi hospital..sakit tu tak hilang lagi...duduk dalam keta dah
macam apa je aku rasa..kejap-kejap aku baringkan seat aku tu..lepas tu aku
kembalikan pada position duduk smula..gitu la sepanjang perjalanan aku ke
hospital..mulut ni memang tak terlepas dari zikir dan istighfar.
Sampai satu
kawasan tu..aku rasa macam ada sesuatu nak keluar dari 'miss v' aku..rasa macam
benda nak keluar..tapi tak lepas sebab aku masih duduk lagi..and lepas je dari
tu..rasa sakit yang aku rasa teramat sakit tadi tu beransur hilang. Slowly dah
tak rasa sakit. Aku bersyukur sangat sebab sakit tu dah hilang and mula rasa
selesa semula. Sampai je hospital, aku bangun keluar dari kereta, rasa macam
banyak sangat darah keluar..mujur aku memang dah pakai pad yang overnight
punya.
Aku jalan
perlahan sebab takut pad aku bocor..risau betul aku. Sampai kat klinik EPAU tu,
aku bagi buku pink and cerita kat nurse apa yang aku alami dari malam tadi.
Lepas tu doctor suruh aku baring kat katil yang ada tu..dia suruh aku
tanggalkan underwear..tapi aku takut kalau baby aku terjatuh kat lantai and
kotorkan lantai kat situ. Tapi nurse tu kata 'takpe..'. Jadi aku pun tanggalkan
la..mujur takde apa-apa yang jatuh..tapi dekat pad memang dah penuh dengan
darah.
Sampai je
msa aku baring, terus anak aku keluar and aku rasa ada sesuatu yang hangat je
kat kawasan belakang aku..not sure tu darah or air ketuban. Tapi doctor kata
darah campur air ketuban..masa tu aku tak dapat nak sorok dah rasa sedih
aku..nurse cakap 'haa..kluar dah'. Aku takde perasaan dah masa tu. Lepas tu,
doctor pun bersihkan la sisa-sisa darah yang tertinggal. Dia scan perut
aku..dia cakap dah keluar semua tapi ada yang teringgal lagi. So, kena la
D&C iaitu Dilation & Curretage atau dalam bahasa yang orang selalu
sebut..cuci. Masa doctor dah siap selesaikan tugas dia, suami aku pun masuk
tengok aku..lagi la aku sedih ! aku suruh dia tengok anak dia..masa tu nurse
dah letak dalam surgical bowls.
So, aku kena
admit wad sehari untuk procedure D&C tu. Mujur doctor aku baik and aku
dapat cuci rahim aku hari tu jugak walau kena menunggu untuk seketika. Sebab
kalau ikutkan nak tunggu OT tu free memang lama. Aku masuk OT belah petang.
Mujur suami ada tunggu, walaupun masa dalam wad dia tak boleh teman sebab wad
perempuan kan..takut patient lain tak selesa. So, sepanjang hari dia tunggu aku
kat luar wad..kesian dia..tapi tu la pengorbanan dia.
Nanti
aku sambung lagi ye... :(
Selamat
membaca people !





