Isnin, 29 Jun 2015

Part 2 : Appointment Yang Paling Menyedihkan


Assalamualaikum people !

Aku doakan korang semua berada dalam rahmat Allah sempena Ramadhan yang ke 12 ni. Semoga ibadah yang kita lalui ni diberkati dan diterima olehNYA. Last week aku ade update blog pasal pregnancy aku kan? so, hari ni..biarlah aku sambung lagi bahagian kedua tentang pengalaman aku yang menyedihkan ni. Harap aku diberi kekuatan untuk share pengalaman ni dengan korang yang sudi baca kisah aku.


Lepas doctor dah check aku and dia tak sure nak bagi keputusan yang tepat. Dia refer aku ke hospital besar (aku duk kat kuantan. so, aku dirujuk ke HTAA la) untuk confirmation sebab dari pemerhatian doctor yang cek aku tu...dia memang dah tau yang anak aku dah takde. So, dia bagi aku surat untuk rujuk ke hospital besar bahagian EPAU(Early Pregnancy Assessment Unit) sebab lagipun dekat hospital scannernya lebih jelas. Sebelum pegi aku kena inform dulu kat nurse yang bagi minum air gula tadi..kang menjajau dia cari aku. Jadi, aku terlepas la dari MOGTT seterusnya..ha3~ 


Settle urusan bagitau kat nurse tu, aku pun terus la pegi hospital. Sampai kat sana, aku terus la pegi kat klinik EPAU yang disuruh tadi. Sampai kat klinik tu, bagi buku pink and ade nurse tolong isikan form. Nurse tak tanya aku apa-apa, mungkin sebab dia dah baca description yang doctor KK dah tulis dalam buku pink aku tu. So, dia terus bagi buku tu pada doctor. And doctor pun sama..baca buku pink aku and tanya some question..tanya bila kluar darah..ade rasa sakit ke..and aku jawab la last week kluar darah dan takde langsung rasa sakit.

Doctor tu arahkan aku pegi baring kat katil yang ade tu, dia nak scan perut aku. Aku baring la..masa doctor scan, dia cakap 'yela puan, baby puan dah takde ni..sebab satu, takde beat..lepas tu size dia pun tak sama dengan usia dia. Size dia adalah 9week punya size. Kalau ikut pada usia 13week, kita boleh nampak denyutan jantung and baby pun dah start move..tapi ni takde. Kantungnya pun dah mengecut'. Apa lagi yang aku mampu cakap atau lakukan? aku redha la. Ni semua dah takdir..bahagian aku.

Ni hasil scan lepas dah confirm baby dah takde..kalau korang perasan,
memang kantungnya da kecut.
p/s : sory gambar tak jelas.

Dah siap scan tu, doctor tanya aku..nak masukkan ubat untuk keluarkan baby or aku nak tunggu baby keluar sendiri? aku pilih untuk tunggu baby keluar, memandangkan aku seorang surirumah sepenuh masa. Jadi, takde masalah untuk aku menunggu. Aku tanya jugak kat doctor tu, lama ke nak tunggu baby ni keluar? dia kata araound 2week. So, aku balik rumah la and jalani hidup macam biasa..carrying my 13week baby yang dah tak bernyawa dalam my womb. Tapi takpe, ni la pengalaman pertama aku mengandung biar la dia keluar sendiri..aku tak nak paksa dia keluar.

Hari pertama aku kat rumah..semuanya ok..berjalan seperti biasa..hari kedua pun sama..siangnya takde masalah apa-apa cuma darah dah mula keluar sikit-sikit and takde rasa sakit. Samapai waktu malam aku mula rasa tak selesa kat bahagian perut. Rasa macam senggugut tapi level ringan la bagi aku sebab aku bukan jenis yang ade period pain waktu period. Cuma kadang-kadang aku ada jugak la alami, masa nak masuk tido tu masih rasa sakit biasa yang aku masih boleh handle. Jadi, aku cuba lelapkan mata untuk lupakan rasa sakit tu.

Sampai satu masa aku rasa sangat-sangat-sangat sakit. Aku tengok jam pukul 3 pagi..tapi rasa sakit tu datang dan pergi..dalam setiap 10 minit..aku cuba baring mengiring ke kanan..tak selesa..ke kiri pun tak selesa..apatah lagi terlentang..pun tak selesa. Tapi bila sakit tu hilang..memang lega la..time tu la aku rasa waktu aku rehat and lelap sekejap..waktu rasa sakit tu hilang. Kalau sakit tu dah datang balik, memang tak keruan rasanya.

Masuk pukul 4 sampai ke pukul 5 pagi..tu memang paling sakit aku rasa..aku tengok jam, mula-mula setiap 5 minit aku rasa sakit yang teramat sangat..tido memang dah tak boleh dah..kejap-kejap pegi toilet..ingat baby nak kluar dah..tapi takde apa-apa..suami aku dah mula perasan aku tak senang duduk sebab aku sentiasa bergerak..mungkin mengganggu tido dia *sorry husband :)*. Dia tanya aku 'sakit ke?' aku jawab sikit je, aku jawab 'sangat'..lepas tu aku mintak suami aku tolong usap belakang aku..sebab aku rasa lega sikit bila dia buat macam tu.

Jam tunjuk je pukul 6..terus aku pegi mandi..aku dah tak boleh handle..sakit sangat..Allah je yang tau..tapi yelah..DIA takkan bagi kesakitan yang kita tak boleh tanggung kan? sakit macam mana sekalipun..Alhamdulillah masih mampu pack baju sebab aku takut kena admit hospital. Aku dah siap semua..suami aku pun dah siap..terus dia bawak aku pegi hospital..sakit tu tak hilang lagi...duduk dalam keta dah macam apa je aku rasa..kejap-kejap aku baringkan seat aku tu..lepas tu aku kembalikan pada position duduk smula..gitu la sepanjang perjalanan aku ke hospital..mulut ni memang tak terlepas dari zikir dan istighfar.

Sampai satu kawasan tu..aku rasa macam ada sesuatu nak keluar dari 'miss v' aku..rasa macam benda nak keluar..tapi tak lepas sebab aku masih duduk lagi..and lepas je dari tu..rasa sakit yang aku rasa teramat sakit tadi tu beransur hilang. Slowly dah tak rasa sakit. Aku bersyukur sangat sebab sakit tu dah hilang and mula rasa selesa semula. Sampai je hospital, aku bangun keluar dari kereta, rasa macam banyak sangat darah keluar..mujur aku memang dah pakai pad yang overnight punya.

Aku jalan perlahan sebab takut pad aku bocor..risau betul aku. Sampai kat klinik EPAU tu, aku bagi buku pink and cerita kat nurse apa yang aku alami dari malam tadi. Lepas tu doctor suruh aku baring kat katil yang ada tu..dia suruh aku tanggalkan underwear..tapi aku takut kalau baby aku terjatuh kat lantai and kotorkan lantai kat situ. Tapi nurse tu kata 'takpe..'. Jadi aku pun tanggalkan la..mujur takde apa-apa yang jatuh..tapi dekat pad memang dah penuh dengan darah.

Sampai je msa aku baring, terus anak aku keluar and aku rasa ada sesuatu yang hangat je kat kawasan belakang aku..not sure tu darah or air ketuban. Tapi doctor kata darah campur air ketuban..masa tu aku tak dapat nak sorok dah rasa sedih aku..nurse cakap 'haa..kluar dah'. Aku takde perasaan dah masa tu. Lepas tu, doctor pun bersihkan la sisa-sisa darah yang tertinggal. Dia scan perut aku..dia cakap dah keluar semua tapi ada yang teringgal lagi. So, kena la D&C iaitu Dilation & Curretage atau dalam bahasa yang orang selalu sebut..cuci. Masa doctor dah siap selesaikan tugas dia, suami aku pun masuk tengok aku..lagi la aku sedih ! aku suruh dia tengok anak dia..masa tu nurse dah letak dalam surgical bowls.

So, aku kena admit wad sehari untuk procedure D&C tu. Mujur doctor aku baik and aku dapat cuci rahim aku hari tu jugak walau kena menunggu untuk seketika. Sebab kalau ikutkan nak tunggu OT tu free memang lama. Aku masuk OT belah petang. Mujur suami ada tunggu, walaupun masa dalam wad dia tak boleh teman sebab wad perempuan kan..takut patient lain tak selesa. So, sepanjang hari dia tunggu aku kat luar wad..kesian dia..tapi tu la pengorbanan dia. 

Nanti aku sambung lagi ye... :(
Selamat membaca people ! 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

All the things in this blog is belong to QADEEJA CHAJURI