Assalamualaikum people !
Rasa macam dah lama tak update ruangan ni. Ruang untuk berkongsi kisah perjalanan hidup sebagai hambaNYA. Tanpa buang masa, biar aku teruskan je la sambung cita tentang pregnancy aku. Kali ni aku nak share tentang 3rd appointment aku pulak. 2 weeks after 2nd appointment aritu, aku kembali ke klinik kesihatan macam biasa. Tapi kali ni untuk minum air gula and cek perut. Masa ni usia kandungan aku kalau ikut perkiraan dah masuk 12week.
Macam kebiasaan, buat perkara rutin macam yang aku share dalam entry sebelum ni. Kalau nak tahu apa yang aku buat masa pergi checkup, apa rutinnya, boleh baca entry sebelum ni. Lepas dah buat rutin nombor 1 sampai 3, kali ni kena letak buku pink tu dekat satu bilik khas untuk minum air gula pulak. Nurse cek tekanan darah, lepas tu dia suruh minum la air gula yang sedap tu...sedapp sangat !! *tangan kat bahu* ha3~ nasib baik dia perisakan dengan sirap..teguk je la. Sebab ade kawan aku sebelum ni minum yang 'piau' punya air gula..perisa asli..
Lepas aku dah abiskan segelas tu *puas jugak la nak abiskan, sebab kena minum depan dia*, nurse tu pun amik la darah aku..untuk test samada aku ade kencing manis ke tak. Semasa tunggu nak kena amik darah lagi sekali, aku pun masuk la bilik cek perut pulak. Kat bilik ni pun macam biasa, timbang berat. Kali ni berat aku turun 2kg pulak. Aritu naik 2kg, kali ni turun sebab aku jaga makan. Aku taknak la kandungan aku ni bermasalah.
Sebenarnya, beberapa hari sebelum 3rd appointment ni..aku ade pegi hospital sebab ade keluar darah. Masa tu aku buang air kecik, then ade lendir yang sangat minima tapi bercampur dengan darah. Aku ingat nurse ade pesan, kalau ade keluar darah je terus pegi hospital. Aku pergi hospital and doctor cek la. Dia tanya aku "banyak ke darah keluar?" aku jawab la "tak..just lendir sikit tapi bercampur darah". Lepas tu dia scan perut aku, tapi tak nampak sangat baby sebab kecik. Then dia cek 'miss v' aku, masukkan alat macam mulut itik tu..yang digunakan masa buat pap smear. Kalau tak salah aku dah gugel, nama dia spekulum. Doctor tu cakap aku punya laluan untuk baby keluar dah terbuka sikit.
Bayangkan la ape perasaan aku..bercampur baur. Aku tanya la bahaya ke tak? dia cakap bahaya jugak sebab tu dia suruh aku rehat betul-betul. Dia tanya aku ade buat kerja berat ke? aku pun tak pasti ade ke tak. Sebab aku takut aku terlupa aku tengah preggy pastu TERbuat kerja berat. Dia bagi aku antibiotik dengan ubat insert, sebab takut ada jangkitan kuman. Dah settle kat hospital, aku balik rumah and jalani hidup macam biasa. Darah tu pun dah takde keluar, keluar masa sebelum aku pergi hospital tu je la.
Aku makan ubat yang doctor bagi..ubat insert tu pun aku pakai. Takde pulak perkara yang pelik. Sampai hari appointment yang ketiga ni la baru aku cita kat nurse yang aku ade pegi hospital sebab bleeding tu. Tu yang nurse tu nasihatkan aku untuk rehat sebab trimester pertama ni memang fasa kritikal sebab baby betul-betul masih di bahagian bawah lagi. Aku pun dengar je la nasihat nurse tu dengan tenang. Lepas tu, turn g cek dengan doctor pulak.
Doctor baca la maklumat yang aku dah sampaikan pada nurse tadi. Kan diorang ada tulis dalam buku pink tu. Doctor tanya banyak ke keluar darah? aku jawab sama macam aku jawab pada doctor kat hospital kelmarin. Lepas tu, doctor tu suruh aku baring, dia scan perut aku. Dia cakap "saya tak nampak la beat jantung baby awak" aku diam je la *sebab dalam hati dah menangis sebenarnya..aku takut..aku tak nak kehilangan anak aku". Doctor tu keep on trying untuk cari beat jantung anak aku, tapi tetap takde. Dia cek macam doctor hospital buat. Masukkan spekulum and she said no problem.
Nanti aku sambung lagi ye. Tak berdaya nak taip..
sedih :(
sedih :(
Tiada ulasan:
Catat Ulasan