Isnin, 1 Jun 2015

Setahun Sekali

Assalamualaikum.

Lama betul tak menyonteng kat sini. Bersawang dah nampak gayanya. hi3~..bak kata tajuk kat atas tu..Setahun Sekali baru update blog..actually ada banyak perkara yang nak share, tapi cita satu2 la ye..sebelum memulakan cita, aku doakan sesiapa je yang baca blog aku ni berada dalam keadaan baik..sentiasa dalam lindungan Allah, murah rezeki, sihat sentiasa dan dipermudahkan segala urusan korang.

Sebenarnya bulan lepas aku miscarriage. Nak buat macammana kan? takde rezeki lagi. Mula2 memang tak percaya sebab nak masuk 3 tahun kawin tapi masih belum diberi rezeki anak. Aku ngan suami redha je. Kalau cakap2 orang tu, layankan je la..kalau dah penat nanti senyap la. Orang tua pulak, kalau anak lain dah bagi cucu pun nanti diaorang senyap la..ngeh3~

Aku dapat tau aku pregnant masa awal bulan 3 aritu, period lewat seminggu lebih jugak la..kat rumah memang aku ada UPT extra. So, dengan rasa biasa2, aku test la..masa tu 7 mac 2015. Aku malas nak teruja sangat sebab masa baru2 kawin dulu..pantang period lewat sikit, terus aku buat test pastu memanjang negative je :) tapi mungkin masa tu Allah nak bagi, aku tak tengok terus..aku biarkan dulu sebab takut resultnya mematahkan hati dan semangat aku.

Siap cuci semua2..aku kuar dari toilet pastu tengok alat ujian tu..double line..dalam hati aku cakap "bia betul?!". Aku siap baca balik kat paket tu kalau positive kuar ape..negative muncul ape..ha3~ yelah..confirm aku akan jadi mak budak!! ha3~ tapi perasaan tu aku rasa sorang2 la (rasa hepi+terharu+perasaan yang tak dapat nak di ungkap) sebab masa aku buat tu awal pagi masa nak solat subuh n suami aku takde masa tu, dia p mancing.

Memang aku nangis sorang2 masa tu. Sebab masih rasa tak percaya. Aku terus mandi2 n solat, panjatkan kesyukuran aku yang tak terhingga pada DIA sebab tunaikan hajat aku n suami selama ni (mungkin bukan aku ngan suami je..tapi parent kitaorang jugak). Janji Allah tu memang pasti kan..cepat atau lambat je DIA nak tunaikan. Yang paling penting kesabaran kami berdua yang memang tanpa jemu usaha n berdoa kepadaNYA. :)

ni lah result yang buat aku speechless :)
 ~bahagia betul waktu tu rasanya~ 
Aku tunggu sampai suami aku balik, lepas dia dah siap kemas barang2 mancing dia..siap mandi semua..aku pun tunjuk benda tu kat dia. Reaction dia..diam..senyap..sunyi..langsung tak cakap apa2..tau2 menangis sambil tanya aku "betul ke ni??". Aku senyum je la.sambil air mata aku pun mencurah2..ha3~ (terharu~sob2) dia pulak tak abis2 tanya "betul ke? betul ke ni??". Aku rasa senyuman aku tu dah bagi jawapan pada persoalan dia, but dia still tanya je n akhirnya dia ucap Alhamdulillah bertemankan aku n air mata kegembiraan kami.

Cukup dulu la untuk cita hari ni..nanti bila2 aku free n rajin..aku sambung lagi cita pasal buat buku pink pulak ye.. :) 

Jumpa lagii !!






Tiada ulasan:

Catat Ulasan

All the things in this blog is belong to QADEEJA CHAJURI