Assalamualaikum..Bismillah..semakin meningkat usia..banyak perkara baru yang akan kita lalui dan alami. Sebagai hambaNYA yang lemah dan penuh dengan kekurangan, aku pun tak pernah lepas dari melakukan kesilapan..terkadang ada iri di dalam hati..nauzubillah..semoga Allah mengampunkan dosa-dosa silam aku. Aku selalu memohon agar ditetapkan iman dan dipermudahkan jalan untuk menjadi muslimah yang sejati.
Pada bulan inilah aku telah diuji olehNYA. Alhamdulillah, aku mampu melalui ujian tersebut dengan kesabaran yang tinggi. Sesungguhnya, segala yang berlaku adalah dengan izin dan ketentuan dariNYA. Sebagai seorang hamba yang lemah dan tidak pernah melalui saat-saat begitu, aku sangat bersyukur kerana berjaya menghadapinya dengan istiqamah. Menemani suami selama lebih kurang sebulan terlantar di hospital membuatkan diri ini tabah. Di usia perkahwinan yang menjangkau 1 tahun 1 bulan 3 hari waktu itu, Allah telah menurunkan ujian kepada kami. Kemalangan yang menimpa suami aku tu anggap ada hikmah yang baik dikemudian hari.
| ujian yang mematangkan aku ~sabar,redha~ |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan