Selasa, 2 Jun 2015

My Pinky Book !


Assalamualaikum

Selamat tengahari people! harap korang semua sihat sejahtera seperti biasa ok? Aku baru fikir n google2 nak masak ape untuk buka puasa hari ni. Sempena nisfu syaaban ni, aku pun amik la peluang untuk puasa. Semoga ibadah aku diterima. Aku harap segala urusan korang2 pun dipermudahkan la hari ni n hari2 seterusnya ye.
Sepeti yang aku dah janji semalam, hari ni aku akan sambung pengalaman aku. So, aku sambung pasal buku pink hari ni. Ok la, lepas je aku dapat tau aku pregnant tu (masa tu hari sabtu)..aku pun jalani hidup macam biasa. Mula mencari maklumat yang berkaitan waktu2 awal kehamilan. Hari isnin 9 mac 2015 baru aku decide untuk pergi klinik kesihatan berhampiran. Aku pergi untuk confirmkan samada aku betul2 pregnant atau alat ujian tu main acah2 je ngan aku..hi3~ 
Ternyata alat tu tak bohong la..memang klinik pun sahkan aku pregnant. Lepas tu, nurse tanya aku nak buat buku terus ke? aku takut jugak sebenarnya nak jawab ape. Sebab aku baca pengalaman2 orang, ade yang kena marah sebab buat buku pink awal sangat. Sedangkan kalau dalam kes aku ni, aku tak tahu berapa usia kandungan aku.
At last aku jawab je la nak buat buku terus. Then, nurse tu suruh aku bawa kad pesakit luar aku tu ke bahagian klinik ibu & anak. Aku letak kad ditempat yang disediakan n tunggu la nama aku dipanggil. Sampai giliran nurse panggil nama aku, dia amik tekanan darah n tanya detail aku untuk dia isi dalam buku pink tu (lega sebab takde pulak kena marah..hu3~).
Dah siap isi buku, dia bagi nombor giliran n suruh aku pegi makmal untuk check urine n hb. Aku pun pegi n buat la ape dia arah. Bila dah selesai bab tu n dah kuar result, kena pegi letak buku kat bilik yang dah ditetapkan ..pastu sambung menunggu lagi.
Sampai giliran aku, nurse check tinggi, berat, tanya ade morning sickness ke tak, family history semua la. Dah siap soal siasat, dia pun bagi la nasihat kat aku..suruh jaga kesihatan, makan makanan berkhasiat, jangan buat kerja berat n suruh makan vitamin yang dia provide. Settle 'consultant' ngan nurse tu, pegi letak buku kat bilik doktor pulak n sambung menunggu lagi.
Bila operator tu dah menjerit panggil nombor aku, aku masuk la bilik doktor tu, dia panggil nama aku. Sangat humble orangnya. Doktor pun tanya soalan yang sama macam nurse tanya, bila firstday last period. Dari situ doktor tu pun buat culculation macam nurse tadi buat. Masa aku daftar pregnancy aku tu, aku dah 6week 6day.
ni la first ultrasound 'dia' :)
sorry kalau tak jelas sebab memang masih terlalu kecik masa tu.
Kat atas tu la gambar scan yang pertama. Doktor pun cakap kecik sangat lagi, so dapat nampak yang tu je la. Walaupun tak berapa nampak lagi, tapi perasaannya tetap tak boleh digambarkan dengan kata2. Hanya yang sedang n dah melalui je akan tau. Lepas perjumpaan ni, next appointment adalah sebulan lepas first checkup ni.

Ok la..Sampai sini dulu entry untuk kali ni ye? nanti kalau aku rajin, aku sambung..macam biasa..hi3~

Dah tajuknya pun pasal buku pink kan..jadi, ni la buku pink aku..

nota kaki : tu la buku pink aku, mujur la tak kena marah ngan misi.

Selamat Membaca People !




 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

All the things in this blog is belong to QADEEJA CHAJURI